Wednesday, March 20, 2013
Thursday, May 3, 2012
SKUAD BANTUAN BANJIR KUALA KANGSAR
Diminta Kepada Semua Pemuda PAS Kuala Kangsar Untuk Turun Bersama Jabatan Amal Kuala Kangsar Bagi Misi Bantuan Banjir Di Kuala Trong & Temelok Pada 4 Mei 2012, Berkumpul Di Surau Muhammadiah Chandan Jam 9.00 Pagi. Maklumat Lanjut Hubungi :
0194344392 - Yahya El-Kangsari
0194116977 - Khomaini El-Sayungi
0103957276 - Ibnu Yahya El-Sabahi
Monday, March 19, 2012
Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?
Majlis Pertunangan Anak Datuk Najib dan Rosmah Mansor sahaja dah mencecah RM400,000++. Baru majlis pertunangan. Itu belum, majlis perkahwinan lagi. Mungkin bagi kita rakyat Malaysia merasakan angka tersebut agak keterlaluan, tetapi hakikatnya ini majlis melibatkan anak pemimpin nombor satu negara yang merupakan “Perdana Menteri”.
Bagi Perdana Menteri mungkin kos majlis pertunangan yang berlangsung pada 17 Jun 2011 adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu dihairankan. Masakan tidak :
- Kos untuk ubahsuai Kediaman Rasmi Perdana Menteri (Sri Perdana) – Menerima suntikan RM65 juta hanya untuk 2 tahun sahaja
- Bil elektrik (Kediaman rasmi) Rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri sekitar RM160,000 sebulan dan bil air pula adalah sebanyak RM33,000 sebulan
Soal berapa kos majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor itu bagi kami bukanlah sesuatu yang harus diberikan perhatian utama, itu hak mereka jika ia menggunakan dana sendiri. Tiada masalah. Dengan memegang status sebagai pemimpin negara, takkanlah beliau mahu buat majlis ini dalam keadaan serdahana pula, bukan? Walaupun diadakan secara tertutup, tetapi ramai pembesar negara, orang kenamaan, pemimpin terdekat yang hadir dalam majlis pertunangan anak Datuk Najib itu. Dan pastinya hidangan pada majlis tersebut tidak seperti hidangan lazim rakyat kebanyakan tetapi lebih kepada :
- menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia
- makanan-makanan laut
- dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa. Hidangan yang “indah-indah” belaka
- dekorasi dan segala macam sehinggalah majlis pertunangan tersebut berjaya diadakan
- jadi tolak, campur, tolak campur kesemuanya, akhirnya kosnya melambung sehingga RM400,000++
- tetapi persoalannya siapa yang membayarnya?
Sekali lagi kalau nak buat majlis semahal mana sekalipun terpulang, tiada masalah sebenarnya. Asalkan majlis yang diadakan untuk kepentingan peribadi menggunakan duit poket & simpanan sendiri, bukannya duit rakyat.
Dan di bawah ini kami sertakan satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa telah dipertanggungjawabkan menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak Datuk Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev. Dan kos majlis pertunangan tersebut telah dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Sumber dokumen : Rafizi Ramli
Semakan kami menunjukkan pada tahun lepas lagi sudah ada dakwaan yang sama dibangkitkan mengenai isu ini sehari iaitu selepas selesai majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Najib Razak oleh Dr tan Kee Kwong. Walaubagaimanapun tiada bukti disertakan ketika itu…..
Melalui semakan di twitter Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah pun menafikan dakwaan yang mengatakan bil majlis pertunangan anak Datuk Najib dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.
P/S : Harap Datuk Najib dapat tampil memberikan penjelasan yang lebih jelas mengenai dakwaan majlis pertunangan anaknya dibiayai dengan dana rakyat.
Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia
Nampak prestasi untuk indeks rasuah di Malaysia mencapai kedudukan yang menghampakan. Bukan semakin baik, tetapi jatuh satu tangga ke tangga yang lain. Rasanya sudah bermacam-macam kaedah dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan harapan untuk memperbaiki tahap indeks rasuah di Malaysia. Hasilnya? Malaysia dilihat sebagai lebih korup daripada sebelumnya hasil kajian oleh Transparency International untuk tahun 2009. Di manakah silapnya?
Adakah ini standard yang kita ada? Indeks rasuah di Malaysia adalah di kedudukan 56 daripada 180 negara di dunia dengan hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10 berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya iaitu pada tangga 49 dengan nilai skor 5.1. Semakin rendah skor yang diperolehi, semakin rendah pencapaian sesebuah negara dalam mengawal kegiatan rasuah. Kita dilihat sama sahaja label dan sebaris dengan negara-negara seperti Namibia, Samoa, Latvia dan juga Slovakia. Apa yang boleh kita banggakan?
Lima negara seperti Switzerland, Sweden, Singapura, Denmark dan juga New Zealand masih mengunguli kedudukan antara negara yang paling bersih dan berprinsip dalam menangani rasuahnya. Somalia masih kekal sebagai negara paling korup di dunia, diikuti oleh Afghanistan, Myanmar, Sudan dan Iraq, Transparency International berkata dalam Indeks Persepsi Rasuah tahunan.
Dalam pada masa yang sama Transparency International Malaysia (TIM) melalui presidennya, Datuk Paul Low mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani rasuah walaupun ranking indeks rasuah di Malaysia tahun ini merosot.
Beliau berkata Transparency International Malaysia percaya satu-satunya cara bagi negara maju ke depan adalah dengan membanteras rasuah secara serius dan mempastikan keputusan dan transaksi kerajaan lebih ketara dan telus. Paul Low bagaimanapun mencadangkan agar kerajaan lebih telus dalam proses pemerolehan dengan melaksanakan ‘perjanjian integriti’ dengan pembekal untuk bertindak sebagai langkahpenghalang bagi mencegah rasuah.
P/S : Adakalanya kita menerima pengiktirafan daripada badan selidik dari negara luar, terus sahaja kita mendabik dada tanda bangga. Apabila kita menerima berita bahawa negara kini semakin jatuh daripada segi indeks rasuahnya, kita perlu menerima hakikatnya dan yang pentingnya berubah dan bertindak daripada sekarang.
PP/S : Tidak perlu menghukum seperti mana yang diterima perasuah-perasuah di China, cukup sekadar “jerung-jerung besar yang masih disimpan” dalam menjalankan kegiatan rasuah diambil tindakan segera dan sewajarnya.
Tarikh Pilihanraya Umum Ke-13
Bloomberg baru-baru ini menjangkakan pilihanraya umum 13 bakal diadakan pada 3 Jun 2012. Hebat….Bukan semua mampu menilik dengan tepat tarikh pilihanraya umum ke 13.
Berapa ramai yang terus “gagal” menjadi peramal tarikh pilihanraya yang tepat, baik penulis akhbar di Malaysia sehingga sehinggalah kalangan ahli politik termasuklah pembangkang sendiri, masih lagi gagal. Kerana….
Kerana di Malaysia hanya Perdana Menteri sahaja yang mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya umum 13 yang sesuai bagi kerajaannya, parti politiknya, survival politiknya dan juga mengambil kira iklim politik di Malaysia secara keseluruhannya. Itu adalah hakikatnya.
Tetapi yang pastinya pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan pada musim cuti sekolah bagi membolehkan pilihanraya dapat dijalankan dengan lebih lancar. Seperti esidi pilihanraya umum 13 sebelum ini.
Seperti yang pernah kami kongsikan di laporan berita untuk tajuk Bursa Malaysia : Senaraian IPO Felda Global Ventures (FGVH). Nasib Peneroka Selepas Ini? Hati kuat kami mengatakan pilihanraya umum akan diadakan selepas 2 perkara di bawah ini selesai :
- (Selesai) Semakan semula Sistem Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SBPA) - Samada kakitangan awam berpuas hati atau tidak, pokok pangkalnya isu tersebut telah pun selesai dan telahpun terungkai pada 8 Mac 2012.
- (Belum selesai) Senaraian Felda Global (FGVH) di Bursa Malaysia - Ha..yang ini kerajaan hanya menunggu masa sahaja. Sekitar bulan mei katanya.
Tarikh Pilihanraya Umum 13 Semakin Dekat?
Selepas kedua-dua isu ini telah selesai, bagi kami barulah pihak kerajaan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sudah boleh berkira-kira dan mencongak untuk menentukan tarikh pilihanraya umum 13 yang paling ideal untuk mereka.
Sekarang ini pun kita sudah boleh melihat gandingan Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno tamat dahulu.
Apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat. Ditambah dengan dengan pelbagai bantuan telah mula diagihkan kepada rakyat Malaysiatermasuklah bantuan RM500 (BR1M), bantuan RM100, baucer buku RM200 & lain-lain lagi. Jadi sementara bantuan-bantuan yang diberikan masih lagi “panas”, kerajaan semestinya tidak mahu membiarkan kelangsungan tindakan tersebut tidak disertakan dengan mengadakan pilihanraya umum 13 secepat mungkin.
Petanda Pilihanraya Umum ke 13 Pada Jun 2012?
- SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya & tarikh pilihanraya umum 13 akan menjadi semakin dekat, apabila satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.
- Masa terbaik untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13 ialah pada cuti sekolah. Dan cuti sekolah yang akan datang adalah sekitar bulan Jun nanti
- Bantuan tunai yang dijanjikan kepada rakyat dalampembentangan bajet 2012 dijangka akan selesai tidak lama lagi
- Pemimpin negara sudah mula rancak turun berjumpa dengan rakyat jelata
- Kemelut SBPA telah pun selesai dan membabitkan bukan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara
- Pilihanraya umum hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013
- Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April
Friday, March 16, 2012
Sunday, June 26, 2011
KEPERLUAN BILIK GERAKAN PILIHANRAYA DPPK
Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera.
Bagi memastikan kejayaan BA dalam pilihan raya umum ke-13, dengan sukacitanya kami mengalu-alukan
sebarang bentuk bantuan yangg boleh Tuan/Puan berikan bagi memperlengkapkan bilik gerakan dan persiapan logistik. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
sebarang bentuk bantuan yangg boleh Tuan/Puan berikan bagi memperlengkapkan bilik gerakan dan persiapan logistik. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
1. Komputer/printer
2. Mesin fax
3. White board
4. Kerusi/meja
5. Stationery
6. PA sistem / Loud Speaker / Megaphon / Heller
2. Mesin fax
3. White board
4. Kerusi/meja
5. Stationery
6. PA sistem / Loud Speaker / Megaphon / Heller
7. TV//VCD player
8. Peralatan dapur
9. Bahan makanan
10. Mineral water
11. Mesin fotostat
12. Kewangan
8. Peralatan dapur
9. Bahan makanan
10. Mineral water
11. Mesin fotostat
12. Kewangan
Bagi sesiapa yg berminat membantu kami, sila hantarkan email anda kepada salah-satu dari email id di bawah dan nyatakan bentuk sumbangan yang boleh diberikan dgn kadar SEGERA!
pemudakuala@gmail.com
tongkatsunan@gmail.com
Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas sumbangan anda dalam perjuangan menegakkan yang Haq dan
tongkatsunan@gmail.com
Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas sumbangan anda dalam perjuangan menegakkan yang Haq dan
menumbangkan kezaliman.
Terima kasih.
Salam Hormat
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar
(Ibnu Yahya) - 0103957276 (SMS sahaja)
(Ibnu Yahya) - 0103957276 (SMS sahaja)
Subscribe to:
Posts (Atom)