Sunday, June 26, 2011


KEPERLUAN BILIK GERAKAN PILIHANRAYA DPPK
Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera.
Bagi memastikan kejayaan BA dalam pilihan raya umum ke-13, dengan sukacitanya kami mengalu-alukan
sebarang bentuk bantuan yangg boleh Tuan/Puan berikan bagi memperlengkapkan bilik gerakan  dan persiapan logistik. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
1. Komputer/printer
2. Mesin fax
3. White board
4. Kerusi/meja
5. Stationery
6. PA sistem / Loud Speaker / Megaphon / Heller
7. TV//VCD player
8. Peralatan dapur
9. Bahan makanan
10. Mineral water
11. Mesin fotostat
12. Kewangan
Bagi sesiapa yg berminat membantu kami, sila hantarkan email anda kepada salah-satu dari email id di bawah dan nyatakan bentuk sumbangan yang boleh diberikan dgn kadar SEGERA!
                 pemudakuala@gmail.com
                 tongkatsunan@gmail.com
Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas sumbangan anda dalam perjuangan menegakkan yang Haq dan 
menumbangkan kezaliman.
Terima kasih.
Salam Hormat
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar
(Ibnu Yahya) - 0103957276 (SMS sahaja)

Tuesday, June 7, 2011










Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS
Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki
Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari
Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Naib Ketua: Raja Al-Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Muhammad Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Thursday, June 2, 2011

Petua Mengenal Perkembangan Bayi Anda

Jangan risau jika anak anda setahun masih belum berjalan, sedangkan anak jiran anda yang sebaya sudah mampu berlar ke sana sini. Ini kerana tidak semua kanak-kanak mempunyai ‘jadual yang sama’ dalam tumbesarannya.
  • Kemahiran motor terbahagi kepada 5 kategor;
  • Kemahiran motor seperti merangkak dan berjalan
  • Kemahiran motor yang halus seperti menyusun blok atau mewarna
  • kemahiran berbahasa seperti bercakap dan menyambung perkataan dalam ayat
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran bersosial
Disini panduan jadual pembesaran bayi. Ia sebagai rujukan. Jika anak anda lewat tetapi dalam jangka masa normal, anda tidak perlu risau. tapi jika terlalu lewat, sebaiknya anda berjumpa doktor bagi memastikan keadaan kesihatan anak anda seterusnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut.
Panduan Jadual Pembesaran Bayi
2 Bulan
- Senyum bila mendengar suara ibu
3 Bulan
-Mengangkat kepala dan dada apabila berbaring, mengangkup, mencapai objek dan tersenyum pada orang lain selain ibu
4 Bulan
-Bercakap dalam bahasa sendiri (babbles), ketawa dan cuba meniru bunyi-bunyi yang didengarinya
6 Bulan
-Berguling atau memindahkan satu objek daripada tangan kiri ke tangan kanan atau sebaliknya
7 Bulan
- Respon apabila namanya dipanggil
9 Bulan
-Duduk tanpa bantuan dan merangkak
12 bulan
-Berjalan tanpa atau sokongan orang lain. Boleh menuturkan sekurang-kurangnya satu perkataan. Mangajuk orang lain bercakap
18 Bulan
- Berjalan tanpa bantuan orang lain, minum daripada cawan, menutur sekurang-kurangnya 15 patah perkataan
2 Tahun
- Berlari, mengabungkan 2 perkataan dalam satu ayat, mematuhi arahan yang mudah
3 Tahun
-Menggunakan pelbagai perkataan dan satu ayat, boleh mengenal objek berdasarkan perbe2aan warna dan bentuk
4 Tahun
- Boleh berinteraksi dengan orang lain selain ahli keluarga. Melukis bulatan dan empat segi, boleh menunggang basikal roda 3.
Isu Rebate Cukai Tanah UUM

Apabila tidak ada isu untuk tembak kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin ole Datuk Seri Azizan Razak maka isu rebate cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadikan isu. Sebelumnya mereka cuba gugat kerajaan Kedah dengan isu pusat sembelihan kandang babi di Kampung Berjaya Alor Setar, isu kouta 50 peratus, isu kenaikan harga air. Semuanya isu itu tidak menghakis keyakinan Pakatan Rakyat di Kedah malah telah membuka tembelang dan kelemahan Umno selama memerintah Kedah.
IsunyaUniversiti Utara Malaysia minta supaya Kerajaan Kedah memberi rebate cukai tanah daripada RM1,743,745 setahun kepada RM100,000. Cukai yang dikenakan 20 sen bagi satu meter persegi dengan keluasan tanah milik UUM adalah 2155.2 ekar.
Sebelumnya UUM diberikan rebet cukai tanah UUM daripada tahun 2006 hingga 2008. Tempoh rebet sudah tamat dan Kerajaan negeri kedah minta bayar seperti biasa dengan harga asal iaitu RM1,743,745. Sebaliknya isu ini dipolitikkan oleh UUM dan pemimpin Umno Kedah kononnya kerajaan Kedah menaikkan cukai tanah 10 kali ganda. Hakikatnya, bukan naik tetapi tempoh rebate sudah tamat. Ini soal pentadbiran dan kewangan negeri, macam mana seorang Naib Canselor tidak memahami peraturan kewangan sebuah negeri dan bidang kuasa kerajaan negeri mengenai hal ehwal tanah. Jika perkara ini pun tidak ketahui, maka beliau hanya layak jadi bendahari umno cawangan Malau Kubang Pasu sahaja.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebate pada Jun 2009, namun permohonan itu ditolak pada November 2009 setelah pihaknya merujuk kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Sekali lagi UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, permohonan itu ditolak.
Sehubungan itu, UUM menghantar rayuan permohonannya buat kali keenam pada 19 April 2011 setelah lima rayuannya sebelum ini ditolak. Kali ini UUM meminta rebet selama 5 tahun, sebelumnya hanya 2 tahun sahaja. Ini sudah luar dari kebiasaan.
UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat itu masing-masing sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada 2010.
Mungkin Kerajaan Kedah mempunyai alasan yang tersendiri, kerana dengan pemberian rebate ini kerajaan Kedah hilang pendapatan RM1.6 juta setahun.
Kerajaan negeri pun mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat dan perlu juga melunaskan hutang kerajaan negeri yang ditinggal oleh Barisan Nasional hampir RM2.3 bilion.
Ustaz Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media. Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya.
Cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun
Kenapa sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula?.
Kemana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada UUM sebanyak RM300 juta setahun untuk 30,000 orang warga UUM. Sedangkan Kedah rakyatnya hampir 2 juta, kerajaan Pakatan Rakyat mampu tadbir dengan peruntukan Cuma RM500 juta setahun. Sekarang siapa bijak, Dr Mustafa Ishak atau Datuk Seri Azizan Razak?. Itu pun Dr Mustafa Ishak memperlekehkan Ustaz Azizan Razak hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja.
Kenapa institusi lain boleh bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri seperti yang ditetapkan, seperti sekolah, Institut Perguruan Darul Aman, Politeknik, Balai Polis, Institut Aminudin Baki. Sedangkan peruntukan untuk UUM melebihi daripada institusi lain. Mana wang yang diperuntukan kepada UUM termasuk untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan Kedah.
http://idrisahmad.wordpress.com

Tuesday, May 31, 2011

PENDERITAAN KELUARGA KAK MUNAH PERLUKAN PERHATIAN .

Written by Abu Hafi

KUALA KANGSAR: Keluarga Munah Bt Mohd Zainal Abidin dan suaminya Idris Bin Hashim yang dulunya mampu melalui kehidupan secara sederhana kini terpaksa bergantung harap kepada bantuan orang ramai.Ini kerana suaminya tidak lagi dapat kemana-mana setelah menjalani rawatan penyakit lemah jantung di institut Jantung Negara (IJN).
Selain itu,beliau juga mengalami penyakit buah pinggang dan masih terus menjalani rawatan susulan di pusat dialisis Taiping.Katanya, setelah mengalami penyakit lemah jantung dan buah pinggang tersebut,beliau tidak lagi mampu meneruskan pekerjaannya sebagai pegawai keselamatan di Sekolah Ulu Kenas. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana kerap tercungap-cungap dalam melaksanakan tugasnya.

Suaminya dahulu mampu menyara keluarga dengan pendapatan RM1,200 sebulan ditampung dengan pendapatan kak Munah RM270 sebulan, kini hanya tinggal RM270 sahaja sebagai taruhan untuk mereka meneruskan kehidupan. Amat memeritkan lagi,mereka terpaksa menanggung 4 orang anaknya yang masih remaja,manakala anaknya yang sulong baru tamat pengajian dan berhasrat untuk memulakan perniagaan.Justeru itu, Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kuala Kangsar diketuai oleh saudara Yasir Bin Ismail telah membuat kunjungan ke rumah tersebut bersamaYDP Pas Kawasan Kuala Kangsar, Raja Al- His Bin Raja Yaakob dan Haji Jamil selaku penduduk setempat. Kunjungan tersebut adalah untuk melihat sendiri penderitaan yang dilalui oleh keluarga Kak Munah.Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Pemuda DPPK Kuala Kangsar saudara Khomaini Bin Zulkifli serta Bendahari DPPK Kuala Kangsar saudara Abu Hafi Bin Ibrahim.
Dalam lawatan tersebut Lajnah Kebajikan DPPK Kuala Kangsar telah menghulurkan buah tangan dan sumbangan kepada keluarga Kak Munah bagi meringankan bebanan menanggung kos kehidupan.
Mereka yang bersimpati dengan penderitaan keluarga Kak Munah boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada atau hubungi Saudara Yasir di talian 017-5748421 atau melalui akaun DEWAN PEMUDA PAS KUALA KANGSAR di RHB BANK; 25818700006353. Apabila sudah memasukkan wang, maklumkan perkara itu ke talian 017-4210608.

Kenaikan Kadar Tarif Elektrik

Kadar tarif elektrik akan naik sebanyak 7.12% di seluruh Semenanjung Malaysia bermula esok (1 Jun 2011).Dengan itu, purata kadar tarif lama iaitu 31.31 sen per kilowatt jam (kWh) akan meningkat kepada 33.53 sen. Tapi kadar baru ini hanya dikenakan kepada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300kWh setiap bulan. Pengguna yang dibawah 300kWh setiap bulan akan menikmati kadar tarif lama, iaitu sekitar 21.8 sen ke 33.4 sen.
Faktor kenaikan kadar tarif elektrik ini disebabkan oleh kenaikan harga gas sebanyak RM3, iaitu dari RM10.70 setiap MMBtu kepada RM13.70 setiap MMBtu. Kadar gas akan meningkat setiap 6 bulan bermula esok sehingga 2015, jadi ada kemungkinan besar setiap 6 bulan kadar baru tarif elektrik akan dikenakan.
Jadi lepas ni, diharapkan semua rakyat Malaysia dapat menjimatkan bil elektrik dan elakkan penggunaan elektrik yang sia-sia.
Antara lain penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau ialah:

1. Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

2. Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.

3. Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.

4. Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.

5. Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

6. Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan

Sunday, May 29, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...