Tuesday, May 31, 2011

PENDERITAAN KELUARGA KAK MUNAH PERLUKAN PERHATIAN .

Written by Abu Hafi

KUALA KANGSAR: Keluarga Munah Bt Mohd Zainal Abidin dan suaminya Idris Bin Hashim yang dulunya mampu melalui kehidupan secara sederhana kini terpaksa bergantung harap kepada bantuan orang ramai.Ini kerana suaminya tidak lagi dapat kemana-mana setelah menjalani rawatan penyakit lemah jantung di institut Jantung Negara (IJN).
Selain itu,beliau juga mengalami penyakit buah pinggang dan masih terus menjalani rawatan susulan di pusat dialisis Taiping.Katanya, setelah mengalami penyakit lemah jantung dan buah pinggang tersebut,beliau tidak lagi mampu meneruskan pekerjaannya sebagai pegawai keselamatan di Sekolah Ulu Kenas. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana kerap tercungap-cungap dalam melaksanakan tugasnya.

Suaminya dahulu mampu menyara keluarga dengan pendapatan RM1,200 sebulan ditampung dengan pendapatan kak Munah RM270 sebulan, kini hanya tinggal RM270 sahaja sebagai taruhan untuk mereka meneruskan kehidupan. Amat memeritkan lagi,mereka terpaksa menanggung 4 orang anaknya yang masih remaja,manakala anaknya yang sulong baru tamat pengajian dan berhasrat untuk memulakan perniagaan.Justeru itu, Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kuala Kangsar diketuai oleh saudara Yasir Bin Ismail telah membuat kunjungan ke rumah tersebut bersamaYDP Pas Kawasan Kuala Kangsar, Raja Al- His Bin Raja Yaakob dan Haji Jamil selaku penduduk setempat. Kunjungan tersebut adalah untuk melihat sendiri penderitaan yang dilalui oleh keluarga Kak Munah.Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Pemuda DPPK Kuala Kangsar saudara Khomaini Bin Zulkifli serta Bendahari DPPK Kuala Kangsar saudara Abu Hafi Bin Ibrahim.
Dalam lawatan tersebut Lajnah Kebajikan DPPK Kuala Kangsar telah menghulurkan buah tangan dan sumbangan kepada keluarga Kak Munah bagi meringankan bebanan menanggung kos kehidupan.
Mereka yang bersimpati dengan penderitaan keluarga Kak Munah boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada atau hubungi Saudara Yasir di talian 017-5748421 atau melalui akaun DEWAN PEMUDA PAS KUALA KANGSAR di RHB BANK; 25818700006353. Apabila sudah memasukkan wang, maklumkan perkara itu ke talian 017-4210608.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...