Wednesday, April 22, 2009

Kes saman MB Pahang Didengar Jumaat

~Laporan Utusan Malaysia 22/4/09~

KUANTAN 21 April - Permohonan Kerajaan Pahang untuk mengenepikan keputusan saman sebanyak RM63 juta oleh sebuah syarikat pembalakan akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat ini.Permohonan tersebut telah difailkan oleh kerajaan negeri pada 22 Disember tahun lalu.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri mendapati terdapat empat elemen yang boleh mengenepikan saman itu.Beliau mendakwa, antara elemen tersebut termasuk berlaku kekeliruan dari segi tarikh, peniruan, pembohongan saksi dalam mahkamah dan kepentingan peribadi.''Kita mempunyai sebab untuk mengenepikan saman tersebut. Adalah tidak adil untuk membayar saman itu sedangkan berlaku beberapa elemen yang boleh mengenepikan saman tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.Semalam, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Adnan melunaskan bayaran RM63 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) dalam tempoh 14 hari.Bayaran itu berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar Mukim Bebar, Pekan.Pada 15 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan syarikat pembalakan Seruan Gemilang memfailkan satu perintah mandamus terhadap Menteri Besar Pahang berhubung kes melanggar perjanjian tersebut.Pada 17 September lalu, kerajaan negeri diperintah membayar kira-kira RM60 juta kepada syarikat berkenaan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum ketika menolak permohonan Kerajaan Pahang dan Pengarah Perhutanan Pahang selaku pemohon.Keputusan semalam bermakna mengekalkan keputusan asal oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan negeri membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.Adnan memberitahu, kerajaan negeri tidak dapat melunaskan bayaran kepada Seruan Gemilang kerana kes tersebut masih belum selesai.Kerajaan negeri juga, kata beliau, akan terus mendapatkan khidmat peguam, Datuk Shafie Abdullah dalam permohonan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kes saman itu adalah melibatkan syarikat pembalakan dengan kerajaan negeri, bukan dirinya seorang.Bagaimanapun, katanya, laporan yang disiarkan dalam media menggambarkan seolah-olah saman itu adalah antara dirinya dengan syarikat pembalakan terbabit.''Saya sendiri mendapat banyak mesej daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat menolong untuk membayar saman yang terlalu besar jumlahnya," katanya.Selain itu, tambahnya, saman itu membuktikan kerajaan yang memerintah pada masa ini mengamalkan dasar demokratik.''Ada masa kerajaan menang dalam sesuatu kes dan kadangkala kalah," ujarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...