Monday, May 11, 2009

Ketua Pemuda Perak 2009 - 2011

TAIPING, 10 Mei : Ust. Zawawi bin Abu Hasan telah dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS Perak yang baru setelah berjaya menewaskan pencabarnya Doktor Raja Iskandar bin Raja Ismail bekas Setiausaha Politik Hj. Mahfuz Omar semasa menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat.

Timbalan dan Naib Ketua Pemuda telah dimenangi tanpa bertanding oleh Ust. Nuri al-Amin dan Salman Salleh. Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda sesi lepas iaitu Ust. Nor Azli Musa dan Mustapha Wahab telah berundur daripada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Perak.

Sementara itu seramai 10 orang yang terdiri muka lama dan muka baru telah dipilih untuk mengisi jawatan ahli jawatan kuasa pemuda.

Mesyuarat yang bermula jam 9 pagi telah dirasmikan oleh Ust Ramadan Fitri b. Elias,exco DPP Pusat.Turut hadir pada acara perasmian wakil badan perhubungan Pas Negeri,Tn. Hj Rahim,wakil parti-parti PR dan juga wakil beberapa Ngo tempatan.

Mesyuarat berakhir sekitar jam 6 petang. Mesyuarat agung DPPN Perak ini berlangsung di Dewan Tuan Guru Haji Samad Noh, Markas Tarbiyah PAS Perak di Air Kuning.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...