Friday, May 29, 2009

Masa tentukan saya sertai pembangkang: Hashim


KANGAR - Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, hanya masa yang akan menentukan tindakannya untuk menyertai pakatan pembangkang sama ada serius ataupun sekadar gimik politik.
Menurutnya, walaupun sebelum ini ada suara nakal mempermainkan kenyataannya dengan mengatakan konon itu hanya gimik politik, biar mereka lihat sendiri apa yang akan berlaku nanti.
“Biar mereka sendiri lihat tindakan saya nanti, sama ada saya hanya melakukan gimik politik ataupun tidak. Saya sudah serik dan menyampah dengan situasi yang berlaku sekarang, ditambah pula sikap memperkecilkan tindakan saya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang mengatakan kenyataan Hashim mahu menyertai pembangkang hanya gimik politik.
“Saya tidak melakukan gimik atau sebagainya, cuma saya mahu memberitahu mereka yang berkenaan supaya tidak memperkecilkan tindakan saya. Kini masa sahaja yang menjadi penghalang kepada saya untuk melaksanakan hasrat saya itu,” katanya.
Beliau mengakui mempunyai misi untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam parti, dan masih memegang prinsip itu serta tiada niat untuk sengaja menimbulkan kekecohan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...