Tuesday, July 7, 2009

Pemuda PAS Tambun desak bubar segera Dun

Johari Jaafar
Tue | Jul 07, 09 | 7:22:32 am MYT

IPOH, 7 Julai (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir didesak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak secepat mungkin bagi membolehkan pilihan raya di seluruh DUN di Perak dapat dilakukan sekaligus ianya memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih parti mana yang layak memerintah negeri ini.

"Pilihan raya adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut di negeri ini yang sudah terlalu lama dan ianya wajar diselesaikan segera,"demikian ditegaskan Ketua Dewan Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin dalam ucapannya meraikan bekas jawatankuasa Pemuda PAS Tambun di Ulu kinta baru-baru ini.

BN sewajarnya tidak khuatir untk membubarkan DUN, ini kerana belum pasti Pakatan Rakyat menang besar ataupun BN boleh juga akan berjaya mengenepikan Pakatan Rakyat, apa yang penting hak rakyat mesti dikembalikan, katanya.

"Mahu tidak mahu BN perlu bubarkan DUN, jika tidak bila persidangan DUN diadakan untuk pembentangan bajet 2010, masalah besar akan berlaku jika bajet tidak boleh diluluskan," katanya.

Dalam majlis tersebut sebilangan 20 orang pemuda berpakaian hitam dan memakai lilitan di kepala dan menjulang sepanduk "BUBAR DUN" bertujuan menunjuk protes terhadap tindakan tidak bertamadun Umno/BN merampas dan menafikan hak rakyat di Perak. - mks._

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...