Tarikh Pilihanraya Umum Ke-13
Bloomberg baru-baru ini menjangkakan pilihanraya umum 13 bakal diadakan pada 3 Jun 2012. Hebat….Bukan semua mampu menilik dengan tepat tarikh pilihanraya umum ke 13.
Berapa ramai yang terus “gagal” menjadi peramal tarikh pilihanraya yang tepat, baik penulis akhbar di Malaysia sehingga sehinggalah kalangan ahli politik termasuklah pembangkang sendiri, masih lagi gagal. Kerana….
Kerana di Malaysia hanya Perdana Menteri sahaja yang mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya umum 13 yang sesuai bagi kerajaannya, parti politiknya, survival politiknya dan juga mengambil kira iklim politik di Malaysia secara keseluruhannya. Itu adalah hakikatnya.
Tetapi yang pastinya pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan pada musim cuti sekolah bagi membolehkan pilihanraya dapat dijalankan dengan lebih lancar. Seperti esidi pilihanraya umum 13 sebelum ini.
Seperti yang pernah kami kongsikan di laporan berita untuk tajuk Bursa Malaysia : Senaraian IPO Felda Global Ventures (FGVH). Nasib Peneroka Selepas Ini? Hati kuat kami mengatakan pilihanraya umum akan diadakan selepas 2 perkara di bawah ini selesai :
- (Selesai) Semakan semula Sistem Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SBPA) - Samada kakitangan awam berpuas hati atau tidak, pokok pangkalnya isu tersebut telah pun selesai dan telahpun terungkai pada 8 Mac 2012.
- (Belum selesai) Senaraian Felda Global (FGVH) di Bursa Malaysia - Ha..yang ini kerajaan hanya menunggu masa sahaja. Sekitar bulan mei katanya.
Tarikh Pilihanraya Umum 13 Semakin Dekat?
Selepas kedua-dua isu ini telah selesai, bagi kami barulah pihak kerajaan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sudah boleh berkira-kira dan mencongak untuk menentukan tarikh pilihanraya umum 13 yang paling ideal untuk mereka.
Sekarang ini pun kita sudah boleh melihat gandingan Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno tamat dahulu.
Apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat. Ditambah dengan dengan pelbagai bantuan telah mula diagihkan kepada rakyat Malaysiatermasuklah bantuan RM500 (BR1M), bantuan RM100, baucer buku RM200 & lain-lain lagi. Jadi sementara bantuan-bantuan yang diberikan masih lagi “panas”, kerajaan semestinya tidak mahu membiarkan kelangsungan tindakan tersebut tidak disertakan dengan mengadakan pilihanraya umum 13 secepat mungkin.
Petanda Pilihanraya Umum ke 13 Pada Jun 2012?
- SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya & tarikh pilihanraya umum 13 akan menjadi semakin dekat, apabila satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.
- Masa terbaik untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13 ialah pada cuti sekolah. Dan cuti sekolah yang akan datang adalah sekitar bulan Jun nanti
- Bantuan tunai yang dijanjikan kepada rakyat dalampembentangan bajet 2012 dijangka akan selesai tidak lama lagi
- Pemimpin negara sudah mula rancak turun berjumpa dengan rakyat jelata
- Kemelut SBPA telah pun selesai dan membabitkan bukan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara
- Pilihanraya umum hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013
- Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April