Monday, March 19, 2012


Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia

Nampak prestasi untuk indeks rasuah di Malaysia mencapai kedudukan yang menghampakan. Bukan semakin baik, tetapi jatuh satu tangga ke tangga yang lain.  Rasanya sudah bermacam-macam kaedah dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan harapan untuk memperbaiki tahap  indeks  rasuah di Malaysia. Hasilnya? Malaysia  dilihat sebagai lebih korup daripada sebelumnya hasil kajian oleh Transparency International untuk tahun 2009. Di manakah silapnya?
4801072200 19e252fdf5 [TERUK] Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia
Adakah ini standard yang kita ada? Indeks rasuah di Malaysia adalah di kedudukan 56 daripada 180 negara di dunia dengan hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10 berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya iaitu pada tangga 49 dengan nilai skor 5.1.  Semakin rendah skor yang diperolehi, semakin rendah pencapaian sesebuah negara dalam mengawal kegiatan rasuah. Kita dilihat sama sahaja label dan sebaris dengan negara-negara seperti Namibia, Samoa, Latvia dan juga Slovakia. Apa yang boleh kita banggakan?
Lima negara seperti Switzerland, Sweden, Singapura, Denmark dan juga New Zealand masih mengunguli kedudukan antara negara yang paling bersih  dan berprinsip dalam menangani rasuahnya. Somalia masih kekal sebagai negara paling korup di dunia, diikuti oleh Afghanistan, Myanmar, Sudan dan Iraq, Transparency International berkata dalam Indeks Persepsi Rasuah tahunan.
4800438717 9581df89c4 [TERUK] Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia
Dalam pada masa yang sama Transparency International Malaysia (TIM) melalui presidennya, Datuk Paul Low mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani rasuah walaupun ranking indeks rasuah di Malaysia tahun ini merosot.
Beliau berkata Transparency International Malaysia percaya satu-satunya cara bagi negara maju ke depan adalah dengan membanteras rasuah secara serius dan mempastikan keputusan dan transaksi kerajaan lebih ketara dan telus. Paul Low bagaimanapun mencadangkan agar kerajaan lebih telus dalam proses pemerolehan dengan melaksanakan ‘perjanjian integriti’ dengan pembekal untuk bertindak sebagai langkahpenghalang bagi mencegah rasuah.
P/S : Adakalanya kita menerima pengiktirafan daripada badan selidik dari negara luar, terus sahaja kita mendabik dada tanda bangga. Apabila kita menerima berita bahawa negara kini semakin jatuh daripada segi indeks rasuahnya, kita perlu menerima hakikatnya dan yang pentingnya berubah dan bertindak daripada sekarang.

PP/S : Tidak perlu menghukum seperti mana yang diterima perasuah-perasuah di China, cukup sekadar “jerung-jerung besar yang masih disimpan” dalam menjalankan kegiatan rasuah diambil tindakan segera dan sewajarnya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...